My Blog List

Sunday 6 May 2018

PBPPP

Apakah PBPPP 

PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.

Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Ada baiknya pihak KPM perlu menggerakkan jentera penerangannya agar kekeliruan ini tidak menjejaskan motivasi para guru di Malaysia.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan 

Penilaian PBPPP akan mengambil kira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan yang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elemen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut

Elemen Penilaian Kompetensi PBPPP
Nilai profesional
Pengurusan aktiviti
Sumbangan
 Kemahiran profesional PdP

Elemen Penilaian Keberhasilan PBPPP
Keberhasilan PdP
Keberhasilan kaunseling
Keberhasilan kejurulatihan

Profil PPB Individu (Fail PPPB) 

Pada tahun 2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB Individu (Fail PPPB). Profil PPB Individu Guru dalam satu fail itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang lengkap dalam sebuah fail.

“Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak menyangka yang proses penilaian itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami para guru sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan mereka lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah merahmati warga guru.” — Hootoh

Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut akan dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka arahan diturunkan kepada semua guru untuk menyediakan Profil PPB Individu Guru bagi memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua jabatan. Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?

ITEM DAN ISI KANDUNGAN PROFIL PPB INDIVIDU GURU 

Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu
Nama: Jawatan:
Tempat Bertugas:

Bahagian Isi Fail 

A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan

B. Pelan Pembangunan Profesional 
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan

D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan 
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. Anugerah /Pencapaian 
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain

F. Penilaian PdP/Kepimpinan 
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan

Saturday 22 March 2014

Solat berjemaah

Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam Syarat Sah Solat Berjemaah Syarat sah solat berjemaah itu ada tujuh perkara. 1- Imam hendaklah berada di hadapan makmum sekira-kira janganlah tumit makmum mendahului (ke hadapan daripada) tumit imam (pada sembahyang berdiri) dan janganlah punggung makmum mendahului punggung imam (jika sama-sama solat duduk). Dan jika sama tumit makmum dengan tumit imam, sembahyang makmum itu masih sah, tetapi makruh dan tiada fadilat berjemaah. 2- Hendaklan makmum mengetahui pergerakan imam, samada ia nampak imam itu atau nampak makmum di hadapannya yang mengikut imam atau mendengar suara imam atau suara "muballigh" bagi imam. 3- Berhimpun imam dan makmum di satu tempat. 4- Hendaklah makmum berniat mengikut imam atau berjemaah atau menjadi makmum. Dan jika sembahyang seseorang mengikut imam, padahal dia tidak berniat berjemaah, maka batallah sembahyangnya[1]. Tetapi jika imam itu tidak berniat menjadi imam, maka sembahyangnya (imam) adalah sah, kerana tidak disyaratkan bagi imam untuk berniat menjadi imam, sekalipun dia tidak mendapat fadhilat berjemaah kerana tidak berniat jemaah. Dan tidak disyaratkan bagi makmum berniat mengikut imam atau jemaah itu di dalam takbiratul ihram, bahkan sah jika diniatkan ketika sedang bersembahyang (sesudah takbiratul ihram). Tetapi yang sepatutnya ialah berniat ketika takbir (sebelum bertakbir), supaya mendapat fadhilat berjemaah pada permulaan sembahyang lagi. Diingatkan juga, bahawa wajib pada sembahyang jumaat berniat berjemaah pada permulaan sembahyang lagi (dalam takbir). 5- Hendaklah sama peraturan sembahyang imam dan makmum. Kerana inilah sah sembahyang fardu di belakang imam yang sembahyang sunat dan begitulah juga sebaliknya. Contoh bagi yang tidak sama peraturan sembahyang ialah solat biasa mengikut solat gerhana atau solat jenazah, maka tidak sah ikutannya itu. Dan tidak mengapa juga jika berlainan bilangan rakaat sembahyang imam dan makmum. Dan jika rakaat sembahyang imam itu adalah lebih banyak, dan makmum sudah pun membaca tahiyat akhir, dia dibolehkan untuk menanti imam dalam tahiyyatnya sehingga imam itu selesai mengerjakan sembahyangnya dan memberi salam atau (pilihan kedua ialah) dia berniat mufaraqah dan memberi salam sebelum selesai solat imamnya. Dan yang afdhalnya ialah menanti imam. Tetapi jika tahiyyat akhir makmum itu berada pada rakaat yang tiada tahiyyat bagi imam, seperti sembahyang maghrib di belakang imam yang bersembahyang empat rakaat, atau sembahyang dua rakaat di belakang imam yang bersembahyang empat rakaat, tetapi imamnya tidak mengerjakan tahiyyat awal, maka wajib bermufaraqah dan tidak harus menanti imam. 6- Hendaklah makmum menurut imam pada perkara-perkara sunat yang perlu dituruti imam samada menurut dengan tinggal atau buat. Ertinya, jika imam mengerjakan sunat tersebut, maka wajib juga dikerjakannya dan jika ditinggalkannya, maka makmum juga wajib meninggalkannya. Contohnya adalah seperti sujud tilawah. Maka jika imam meninggalkannya, makmum juga wajib meninggalkannya, dan jika dilakukannya juga, sedangkan imam meninggalkannya, maka batallah sembahyangnya. Tetapi jika duduk imamnya kerana membaca tahiyyat awal, dan makmum pula sengaja berdiri, tidaklah batal sembahyangnya dan disunatkan baginya kembali duduk (bertahiyyat bersama imam). Dan jika dia berdiri kerana terlupa, sedangkan imamnya duduk membaca tahiyyat awal, maka wajiblah bagi makmum itu kembali duduk (bertahiyyat), dan jika dia tidak turun untuk bertahiyyat bersama imam, maka batallah sembahnyangnya. 7- Hendaklah makmum mengikuti imamnya pada takbiratul ihram dan lainnya. Ini kerana, tidak dinamakan sembahyang berjemaah jika makmum tidak mengikut imam. Masalah 1: Jika bertakbir yang ingin menjadi makmum berserentak dengan takbir imam, atau mendahului imamnya, maka batallah sembahyangnya. Masalah 2: Jika makmum mendahului imam dalam rukun qauli (bacaan), maka sembahyangnya sah, kecuali takbir, maka tidak sah sembahyangnya. Masalah 3: Sah makmum mendahului imam dengan satu rukun fi'li (perbuatan), sekalipun ia adalah haram dan berdosa (kerana mendahului imam). Masalah 4: Jika makmum mendahului imam dengan dua rukun, maka batallah sembahyangnya, sekalipun rukun pendek. Contohnya adalah seperti rukuk seorang makmum mendahului imamnya, dan apabila imam ingin rukuk, maka ia bangkit beriktidal. Dan apabila imamnya ingin bangkit daripada rukuk, makmum itu sudahpun sujud, maka batallah sembahyang ketika itu (sujud) kerana mendahului imamnya dengan dua rukun. Masalah 5: Batal sembahyang makmum yang terlewat daripada mengikuti imamnya dengan dua rukun "fi'li" tanpa sebarang keuzuran yang dimaafkan dan jika rukun pendek sekalipun. Contohnya ialah seperti bahawa imamnya telah rukuk, iktidal dan tunduk untuk sujud, sedangkan makmum itu masih lagi berdiri (membaca al-fatihah), maka batallah sembahyang makmum tatkala imam itu sujud. Dan perlu dingatkan di sini bahawa waswas tidaklah termasuk keuzuran, kerana itu, sesiapa yang terlewat dua rukun kerana waswasnya, maka batallah sembahyangnya. Masalah 6: Dimaafkan kepada makmum "muafiq" yang mempunyai keuzuran - seperti yang terlalu lambat membaca al-Fatihah atau yang terlupa membacanya atau imamnya terlalu cepat membaca al-Fatihah - terlewat daripada imam sehingga tiga rukun yang panjang. Dan jika lebih daripada itu, maka dia wajib berniat mufaraqah dan menyelesaikan sembahyang dirinya berseorangan atau dia terus mendapatkan imam (mengikut imam dengan meninggalkan rukun-rukun sembahyangnya yang terlewat itu), dan menambahkan serakaat lagi sebagai ganti bagi rakaat tersebut sesudah salam imamnya. Adapun makmum "masbuq", maka dia wajib rukuk setelah imamnya rukuk sekalipun tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya. Ini kerana bacaan itu ditanggung oleh imam. Masalah 7: Makmum masbuk yang sempat rukuk bersama imamnya serta dia berthoma'ninah bersama imamnya dengan yakin (sebelum imamnya bangkit daripada rukuk itu) dan imamnya itu suci daripada najis dan juga hadas, maka dia dianggap mendapat rakaat. Dan jika imamnya itu ada najis atau berhadas, maka dia tidak dianggap mendapat rakaat itu, kerana imamnya tidak boleh menanggung bacaan al-Fatihahnya. Begitu juga dia tidak dianggap mendapat rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam, tetapi tidak sempat berthoma'ninah bersama imam, atau dia berthoma'ninah tetapi selepas imamnya sudahpun bangkit daripada rukuknya, atau dia syak, adakah dia sempat berthoma'ninah bersama imam atau selepas imamnya sudah bangkit daripada rukuk. Maka sekalian keadaan ini, tidak dianggap mendapat rakaat. Masalah ini perlu diambil perhatian kerana didapati ramai yang terbatal sembahyangnya kerana jahil akan masalah ini, yang mana dia menganggap bahawa dia sudahpun mendapat satu rakaat, lalu dia memberi salam, padahal sebenarnya dia masih lagi kekurangan satu rakaat. [1] Dengan syarat jika lama dia menanti dalam sesuatu perbuatan, tetapi jika tiada sebarang pernantian sekira-kira sama pergerakannya, maka sembahyangnya masih lagi sah.

Wednesday 9 November 2011

Jenis-jenis Bersuci

Bersuci terbahagi kepada dua jenis : 1. Bersuci daripada najis 2. Bersuci daripada hadas 1. Suci Daripada Najis Erti najis pada bahasa ialah semua benda kotor dan pada syarak ialah benda kotor yang menghalang daripada sahnya solat seperti darah dan air kencing. 2. Benda-benda kotor. Benda-benda najis terlalu banyak. Antaranya tujuh perkara paling penting. a) Arak dan semua cecair yang memabukkan. Firman Allah Taala: Ertinya : " Sesungguhnya arak, judi ( berkorban untuk ) berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah najis. " (Al-Maidah : 90)

Tuesday 11 October 2011

Ustazah Suraya: Rukun Islam

Ustazah Suraya: Rukun Islam: Assalamualaikum w.b.t Rukun Islam ada lima perkara iaitu : 1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Pintu masuk Islam adalah kalimah sy...