My Blog List

Sunday 6 May 2018

PBPPP

Apakah PBPPP 

PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.

Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Ada baiknya pihak KPM perlu menggerakkan jentera penerangannya agar kekeliruan ini tidak menjejaskan motivasi para guru di Malaysia.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan 

Penilaian PBPPP akan mengambil kira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan yang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elemen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut

Elemen Penilaian Kompetensi PBPPP
Nilai profesional
Pengurusan aktiviti
Sumbangan
 Kemahiran profesional PdP

Elemen Penilaian Keberhasilan PBPPP
Keberhasilan PdP
Keberhasilan kaunseling
Keberhasilan kejurulatihan

Profil PPB Individu (Fail PPPB) 

Pada tahun 2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB Individu (Fail PPPB). Profil PPB Individu Guru dalam satu fail itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang lengkap dalam sebuah fail.

“Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak menyangka yang proses penilaian itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami para guru sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan mereka lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah merahmati warga guru.” — Hootoh

Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut akan dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka arahan diturunkan kepada semua guru untuk menyediakan Profil PPB Individu Guru bagi memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua jabatan. Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?

ITEM DAN ISI KANDUNGAN PROFIL PPB INDIVIDU GURU 

Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu
Nama: Jawatan:
Tempat Bertugas:

Bahagian Isi Fail 

A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan

B. Pelan Pembangunan Profesional 
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan

D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan 
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. Anugerah /Pencapaian 
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain

F. Penilaian PdP/Kepimpinan 
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan