My Blog List

Wednesday 21 September 2011

Nasihat Luqman Al-Hakim

Nasihat Luqman Al-Hakim

Luqman Al-Hakim adalah seorang Islam yang zuhud dan warak. Beliau hidup ketika zaman Nabi Daud a.s. Berikut adalah nasihat dan kata-kata Luqman kepada anaknya:
"Apabila perutmu penuh dengan makanan, akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah dan akan hilang kebersihan hati."
 "Ikutlah mereka yang membawa jenazah dan kurangkan mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan daripada hidupmu di dunia ini. Majlis perkahwinan pula akan membangkitkan nafsu berahi dan menjadikan kamu senang dengan  kehidupan dunia."
"Aku sudah memikul batu yang besar dan aku juga sudah mengangkat besi yang berat tetapi akutidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."
"Aku sudah rasa kepahitan tetapi aku belum pernah rasa sesuatu yang lebih pahit daripada
kemiskinan dan kehinaan."
"Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan pelbagai kesusahan dan kepayahan tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih  susah dan lebih payah daripada menanggung hutang."

Luqman menyatakan kepada anaknya bahawa sepanjang hidupnya,  dia sentiasa ingat pada lapan kalimah yang pernah disabdakan oleh golongan  nabi iaitu:
 1)  Apabila solat dan beribadah kepada Allah, pelihara fikiranmu.
 2)  Ketika di rumah orang, pelihara pandanganmu.
 3)  Jika menghadiri majlis, jagalah perkataanmu.
 4)  Apabila menghadiri jamuan makan, pelihara perangaimu.
 5)  Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
 6)  Lupakan kesalahan orang terhadap dirimu.
 7)  Ingat pada kematian.
 8)  Ingat kepada Allah. 

Mutiara Kata

Marilah kita bersama-sama merenungi antara kata-kata orang cerdik pandai mengenai ilmu dan amal.




“Orang yang bijaksana akan mencari kesempurnaan tetapi orang yang bodoh akan mencari kekayaan”   (HUKAMAK)

“ Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu. Ilmu diperolehi dengan belajar. Tidak ada erti iman kalau tidak ada amal dan tidak ada erti amal kalau tidak ikhlas”      (HUKAMAK)

Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu
menjaga kamu. Mengajar adalah belajar. ( Saidina Ali )

Semoga kita menjadi orang yang cintakan ilmu dan beramal dengannya  dan bertambah taqwa kita kepada Allah.

Tuesday 20 September 2011

Permulaan Blog

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

AlHamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi, dan aku sangat berterima kasih kepada Cikgu Hisyam kerana mengajar aku cara membuat blog. Namun masih banyak anak tangga yang  perlu aku daki, masih banyak yang perlu aku pelajari  untuk membuat pengisian dalam blog ini.